Shout Out Loud!!

May 14, 2006

Kelemahan aku ialah aku tidak suka bercakap apa sebenarnya yang ader dlm ati aku secara terus terang..aku lebih suka bagitau waiter yang aku suka makan mee goreng dan aku nak order mee goreng tapi,scr realitinya apa yang aku nak cakap ialah aku nak mee goreng tambah telur mata kerbau dan jgn luper lebih sikit.Tapi perkataan-perkataan keramat tu tak keluar dari mulut aku walhal bukan ler aku nak cakap mender2 yg pelik pun~~muahahah.

Begitu juga kalau aku pegi makan kat mana2 fastfood kiosk ker..bila aku order then org kat belakang register machine tuh tanya nak ker order nih..nih..makanan baru..n ni..and nih..promosi…aku tak nak sebenarnya tapi ntah naper aku terlalu mudah untuk angguk kepala..last2 duit dlm kocek pun melayang~~so y tell me y. =p

Susahnya melafazkan kata-kata yang mudah.Kekadang sesetangah dari kita lebih senang mengeluarkan kata2 yang tak terduga,yang ganas,yang inpredictable,yang menyakitkan hati,yang ganas,yang memilukan,yang hodoh dan jugak yang bodoh (dan bagi aku frasa 'MINTA MAAF' merupakan satu frasa yang mudah untuk diucapkan).Jadi?Kebelakangan ini aku lebih suka mengucapkan perkataan yang susah berbanding perkataan yang mudah~Dan susahnya untuk kata 'aku tak suka kat ko!' dan jugak 'jgn ganggu aku lagik boleh tak?'..huhuhu..melafazkan tak semudah yang ditulis,even utk antar mesej seperti itu aku dah tak sanggup..so paham2 jer la naper aku terlibat ngan banyak problem muahaha.Skrg aku mesti tegas menyatakan 'TAK NAK'…(tp tak pasti boleh ker aku berenti merokok muahaha merapu lagik.)

Mampu ker aku pesan kat waiter supaya mee goreng tuh mesti lebih sikit , campur telur goreng mata kerbau?Wait and See.

Anthology Regrouped

May 14, 2006

Aku suka bila hari hujan…hehehe,ntah agaknya aku dilahirkan masa tgh hujan ribut agaknya hehehe..so bila hari hujan aku akan menyelinapkan diri aku dlm selimut~merengkok sambil panas-panaskan apa yang patut
tengok-tengok tv..dengar radio ker..sambil jiwang-jiwang pikir masa lepas…yang kabur-kabur..

aku sebenarnya tak pasti kenapa aku suka sangat kenangkan masa lepas aku..aku akan terpikirkannya sepanjang masa.yer la…kalau takder masa lepas takkan ler ader masa sekarang tul tak..bak kata orang putih ntah saper…'i am walking backward just to see what have i done before..'Macam tu ler aku kot..aku berjalan mengundur sebab nak tengok balik apa yang aku dah buat..tapi aku tak kisah samada whether ada lubang ker kat depan..aku jatuh tersungkur pun aku tak kisah.uhuh.
Hidup ni pelik,kan?

Aku kumpul ler balik extract yang aku dah kumpul2 sepanjang aku start memblog nih..aku amik dari ekstrak antologi tuh.Penting ker ekstrak untuk buat anthology?hehehe.Aku pikir tak perlu kot tapi kiranya benda nih macam bagi guideline sikit ler bg reader tahu apa yang aku nak citer dlm short story tuh.Aku ade gak nak buat cam antologi Siti zainon-ntah per aku dah lupa..masukkan sikit abstract illustration yer la aku ni suka melukis heheh.Tapi tak tau sejauh mana aku nak accomplishkan material tuh.

Hah,aku dah jadik makin melalut walau aku merintih2 keje aku banyak wakaka.Nih ekstrak2 dr blog nih.Blah!
"Aku cuma minta satu dari kau,satu saja.Bukan banyak.Bukan berat benar.Aku ingin kau tolong fahami perasaan aku.Jaga hati aku sebaik mungkin sepertimana aku menyayangi kau.Tidak banyak,bukan?Tidak susah,bukan?"
-Kapal van der Wijck tidak Tenggelam!-II:baris43

"Perkataan-perkataan kau..tak dapat mentafsirkan aku.Aku hanya fikir kau seorang yang sentimental.Juga emosional kerana setiap kali aku ketawa,kau boleh menangis.Terasa seperti dikecewakan,"
-ekstrak dr Ish-Ashley,32:baris 77

"…aku terasa seperti Tuhan sengaja tolak aku untuk berjalan.Walhal aku sudah bosan mengembara.Aku penat.Malah aku bosan berjalan2 dlm diri aku sendiri.Oh!Susahnya!Ah!Sukarnya!.."
-ekstrak dr Hello!Minta Tolong! (III:109)

"..dan sekarang kau boleh tanya aku kenapa harus aku berpeluh,terus terang aku katakan:AKU TIDAK TAHU.Sila faham.Tolong faham…"
-ekstrak dr Mengapa Saya Berpeluh?

"..kau masih belum jumpa pengkhianat sejati.Orangnya adalah seperti yang kaulihat baik-baik,sopan,dan menyenangkan tetapi dasarnya berpikiran kriminal.Aku sudah lalui jalan itu lebih dari separuh jauhnya,"
-ekstrak dari Jangan Maafkan Saya,baris 118

"…aku hidup dalam dunia ini bukan kerana aku ingin bercinta dengan sesiapa.Bukan.Bukan itu maksudku.Aku merempat dari satu lelaki ke lelaki yang lain hanya untuk menagih kasih mereka yang sekelumit.Percayakah kau bahawa aku tidak pernah dicintai mana-mana lelaki?Aku tidak pernah merasainya,"
ekstrak dari Reversi,27:baris 30

"..biarkan saja,"
ekstrak dari Biarkan Saja 29:baris 1

"..apa-apa sahaja.Jangan marah aku kerana aku hidup untuk mencari keseronokan.My life is dedicated for fun.Tuhan tidak akan marah,bukan?"
-ekstrak dr Hallelujah! 28:baris 334

"..pernahkah aku minta kau percaya atas segala apa yang aku ucapkan?Tidak pernah,bukan?Aku ada alasan sendiri mengapa.Kau tidak perlu tahu,"
ekstrak dr Jatuh di Fort Lauderdale 45:baris 313

"..ah,boleh blah!Kau tahu semuanya dan kau buat-buat tak tahu,itu saja.Dan itulah perkara yang paling aku benci.Please stop all insanuations!"
ekstrak dari Bolehkah Kau Berambus? 21:baris 67

"..apabila kau kata bahawa semua sudah semakin hampir ke penghujungnya,fikiran aku kosong.Aku cuma ada satu soalan:dimana ayah aku?Apa salah aku sebenarnya?"
"Entahlah.Tapi dunia ini pendek,bukan?Hehehe,"
-ekstrak dari 97 Soalan:baris 75

"..ah!Kau tahu apa akibatnya bila aku berdendam.Yang bersalah akan masuk neraka,"
ekstrak dr Biarkan Saja:29,baris 511

The Nobody

May 14, 2006

Aku rasa janggal untuk merasa bangga atas kebolehan aku berpeluh dgn hebat..hehehe.Kalau aku berjalan sepuluh langkah dari A ke B dibantu oleh matahari yang memancar seadil-adilnya aku sudah boleh berpeluh.Tapi takder ler teruk sgt kadar perpeluhan aku..Lecturer aku penah mengeluarkan satu teori bahawa lelaki yang berpeluh adalah lelaki yang best huhuhu.

Apabila aku berpeluh,aku akan jadik sedikit panas..keje aku asyik nak tengking orang jek..hahaha.dan pagi nih aku bangkit dari tidurku yang ngeri(aku mimpi kena tembak 5 kali semalam mujur tak kena tembak kat jantung huhuha)..aku berpeluh dan jadik melekit..mujur tader org bangun tido ngan aku pagi nih(erk!)..then pegi keje dgn keadaan trafik yang congested…..ramai benar orang…tak tersangka…terkujat aku..belum pegi stadium bola lagik tu…kalau tak aku dah nengking sumer orang dah tuu…muahahaha..

Ramai yek orang kat atas dunia nih?Populasi kat atas dunia dah sampai satu angka yg aku pun dah tak reti nak sebut…dan naper harus kita terjumpa seseorang yang kita fikir dia tak akan memunculkan dirinya lagik dihadapan kita?Bumi ni kan bulat,sumer orang ader multi pilihan nak pegi ke mana..kiri ker..kanan ker..backward ker..lainler kalau bumi kita satu garis lurus..

So..kalau nak bandingkan aku dgn sebanyak-banyak manusia~~siapalah aku.I am the nobody.Aku cuma budak selekeh yang menunggu untuk menjadi hensem..entahlah..tunggu dulu,aku akan pikir cara-caranya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.